Pembeli Aura Seri Nur dilindungi insurans
MENENANGKAN emosi kerana mengetahui diri kini dilindungi insurans adalah hasrat pengasas Positif Image Resources, pengeluar Aura Seri, Datin Ira Ghani, ketika melancarkan produk terbaru, Aura Seri Nur.
Menurutnya, wanita kini lebih terdedah kepada bahaya termasuk menjadi mangsa jenayah dan perlindungan insurans dapat meredakan kebimbangan.
"Produk terbaru kami yang menggunakan pelbagai adunan bunga termasuk bunga kenanga dapat memberi ketenangan kepada wanita.
"Perbezaan ketara produk kami bukan sahaja kerana baunya yang harum, malah menerusi teknik aroma terapi, ia dapat membantu menstabilkan emosi dan bertindak menambah aura positif dalam diri pengguna.

"Apabila emosi bertambah stabil, aura positif terpancar sekali gus menambah keyakinan dalaman seseorang untuk kelihatan lebih anggun dan muda," katanya.
Menurutnya, ia berbeza dengan produk lain yang merawat bahagian luar tanpa mengambil kira perubahan emosi seseorang.
Ira berkata, perubahan emosi penting kerana dalam dunia serba kompleks dewasa ini, peranan wanita lebih besar tidak kira sama ada mereka bekerja mahupun sebagai suri rumah.
Katanya, pelbagai tugas yang perlu dilakukan menyebabkan emosi seseorang terganggu dan cara terbaik untuk memberi ketenangan ialah aroma terapi.
"Kami juga bekerjasama dengan syarikat insurans bagi membolehkan pembeli Aura Seri Nur dilindungi insurans selama setahun.
"Berikutan itu, bagi setiap pembelian produk berkenaan pembeli perlu mengisi borang sebelum menerima kad insurans yang boleh digunakan di hospital," katanya.
Hubungi Puan Faridah di talian 019-281 6570 untuk mengetahui lanjut tentang Aura Seri Nur
Posted at 08:31 am by edaroslan